Rabu, 31 Ogos 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN – SONGKHLA FC VS KELANTAN

Songkhla FC vs Kelantan FA
Songkhla FC vs Kelantan FA
Ground Tinsulanon Stadium Songkhla, Thailand
26 OGOS 2011
SILA LAYARI KELANTAN FA.COM

Sabtu, 27 Ogos 2011

Karathu congak percaturan




KOTA BHARU – Menang kesemua empat perlawanan persahabatan setakat ini membuktikan The Red Warriors kini cukup serius untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi musim lalu.

Bukan mahu berada di kemuncak terlalu awal atau terlampau yakin, namun kemenangan bergaya 3-1 mengatasi T-Team membuktikan Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu kini sudah mendapat gambaran awal pemain mana yang berada di dalam perancangan beliau bagi menghadapi kempen Piala Malaysia tidak lama lagi.

Biarpun dilihat cuba berahsia namun percaturannya mengekalkan watak-watak utama sepanjang 70 minit perlawanan tersebut membuktikan inilah barisan terkuat yang bakal menjadi pilihannya menghadapi Sarawak pada perlawanan pembukaan 6 September nanti.

“Memang saya turunkan kesebelasan utama dalam perlawanan ini. Bila saya nampak tahap kecergasan mereka kurang barulah saya buat pertukaran. Mereka perlu didedahkan dengan perlawanan seperti ini untuk mendapat rentak yang sebenar,” katanya sejurus tamat perlawanan, malam semalam. Menurutnya, sebenarnya siapa yang diturunkan itu tidak penting kerana pada masa yang sama juga saya mahu menilai prestasi pemain-pemain simpanan.

“Begitupun kemenangan ini cukup bermakna sebagai pembakar semangat kita memulakan saingan tidak lama lagi,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Karathu turut berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan dua pemainnya iaitu Azammuddin Mohd Akil dan penjaga gol, Mohd Shahrizan Ismail setelah mengharungi empat perlawanan setakat ini.

“Azammuddin beraksi cemerlang di bahagian serangan. Walaupun kita bermain dengan formasi 4-5-1 namun dia tidak menghadapi masalah menyesuaikan diri.

“Malah saya lihat dia sudah dapat membentuk satu kombinasi yang baik bersama Norshahrul Idlan (Talaha) dan Muhd Badhri (Radzi). Saya berharap dia mendapat sentuhan apabila berada di depan pintu gol selepas ini,” katanya.

Karathu berkata, Mohd Shahrizan hanya melepaskan satu gol daripada tiga perlawanan yang dia beraksi setakat ini.

“Saya cukup yakin dengan keupayaan dia sekalipun dibayangi kehebatan Khairul Fahmi (Che Mat) sebelum ini.

“Posisi penjaga gawang sentiasa terbuka bagi sesiapa sahaja. Sama ada Khairul Fahmi kembali ke pangkuan pasukan dia perlu bersaing Mohd Shahrizan bagi merebut tempat tersebut selepas ini,” katanya.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Isnin, 15 Ogos 2011

PUSINGAN PERTAMA DAN KEDUA

6 SEPTEMBER 2011

KUMP A
Johor vs Kedah – Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin – 8.45 mlm
Sabah vs Perak – Stadium Likas, Kota Kinabalu – 8.15 mlm

KUMP B
Sime Darby vs Terengganu – Stadium Majlis Perbandaran Selayang – 8.45 mlm
PKNS vs N.Sembilan – Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya – 8.45 mlm

KUMP C
Sarawak vs Kelantan – Stadium Negeri, Kuching – 4.15 ptg
Johor FC vs Felda Utd – Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang – 8.45 mlm

KUMP D
PDRM vs Kuala Lumpur – Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi – 8.45 mlm
T-Team vs Selangor – Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT – 8.45 mlm
 
10 SEPTEMBER 2011

KUMP A
Kedah vs Sabah – Stadium Darul Aman, Alor Setar – 8.45 mlm
Perak vs Johor – Stadium Perak, Ipoh – 8.45 mlm

KUMP B
Terengganu vs PKNS – Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT – 8.45 mlm
N.Sembilan vs Sime Darby – Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi – 8.45 mlm

KUMP C
Kelantan vs Johor FC – Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu – 8.45 mlm
Felda Utd vs Sarawak – Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya – 8.45 mlm

KUMP D
Selangor vs PDRM – Stadium Shah Alam, Selangor – 8.45 mlm
Kuala Lumpur vs T-Team – Stadium Majlis Perbandaran Selayang – 8.45 mlm

13 SEPTEMBER 2011

KUMP A
Perak vs Kedah – Stadium Perak, Ipoh – 8.45 mlm
Johor vs Sabah – Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin – 8.45 mlm

KUMP B
N.Sembilan vs Terengganu – Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi – 8.45 mlm
PKNS vs Sime Darby – Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya – 8.45 mlm

KUMP C
Sarawak vs Johor FC – Stadium Negeri, Kuching – 4.15 ptg

KUMP D
Kuala Lumpur vs Selangor – Stadium Majlis Perbandaran Selayang – 8.45 mlm
T-Team vs PDRM – Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT – 8.45 mlm

14 SEPTEMBER 2011

KUMP C
Felda Utd vs Kelantan – Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya – 8.45 mlm

17 SEPTEMBER 2011

KUMP A
Kedah vs Johor – Stadium Darul Aman, Alor Setar – 8.45 mlm
Perak vs Sabah – Stadium Perak, Ipoh – 8.45 mlm

KUMP B
Terengganu vs Sime Darby – Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT – 8.45 mlm
N.Sembilan vs PKNS – Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi – 8.45 mlm

KUMP D
Selangor vs T-Team – Stadium Shah Alam, Selangor – 8.45 mlm
K.Lumpur vs PDRM – Stadium Majlis Perbandaran Selayang – 8.45 mlm

18 SEPTEMBER 2011

KUMP C
Kelantan vs Sarawak – Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu – 8.45 mlm
Felda Utd vs Johor FC – Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya – 8.45 mlm

24 SEPTEMBER 2011

KUMP A
Sabah vs Kedah – Stadium Likas, Kota Kinabalu – 8.15 mlm
Johor vs Perak – Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin – 8.45 mlm

KUMP B
PKNS vs Terengganu – Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya – 8.45 mlm
Sime Darby vs N.Sembilan – Stadium Majlis Perbandaran Selayang – 8.45 mlm

KUMP C
Johor FC vs Kelantan – Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang – 8.45 mlm
Sarawak vs Felda Utd – Stadium Negeri, Kuching – 4.15 ptg

KUMP D
PDRM vs Selangor – Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi – 8.45 mlm
T-Team vs Kuala Lumpur – Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT – 8.45 mlm

27 SEPTEMBER 2011

KUMP A
Kedah vs Perak – Stadium Darul Aman, Alor Setar – 8.45 mlm
Sabah vs Johor – Stadium Likas, Kota Kinabalu – 8.15 mlm

KUMP B
Terengganu vs N.Sembilan – Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT – 8.45 mlm
Sime Darby vs PKNS – Stadium Majlis Perbandaran Selayang – 8.45 mlm

KUMP C
Kelantan vs Felda Utd – Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu – 8.45 mlm
Johor FC vs Sarawak – Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang – 8.45 mlm

KUMP D
Selangor vs Kuala Lumpur – Stadium Shah Alam, Selangor – 8.45 mlm
PDRM vs T-Team – Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi – 8.45 mlm

Selasa, 9 Ogos 2011

Kesibukan tidak halang TRW beramal

Kesibukan tidak halang TRW beramal

KOTA BHARU - Walau sibuk mengatur strategi bagi menghadapi kempen Piala Malaysia tidak lama lagi, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak menjadikan alasan itu penghalang membuat kebajikan apabila meraikan anak yatim membeli-belah di sini, kelmarin.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, aktiviti Sukarelawan Kebajikan The Red Worriors (TRW) ini yang ketiga selepas agihan beras dan membaik pulih rumah di Parlimen Ketereh baru-baru ini.

“Kafa memperuntukkan perbelanjaan RM20,000 untuk perbelanjaan pakaian anak yatim hari ini, RM25,000 untuk bantuan beras diambil dari hadiah Piala Malaysia, 50 peratus kita bagi kepada pemain dalam bentuk bonus.

“Setiap pemain akan menerima bonus mengikut jumlah perlawanan yang mereka main, setiap pemain senior yang bermain maksimum 25 perlawanan, mereka akan dapat RM10,000 seorang, kita nak bagi lebih lagi pun boleh, tapi kita ambil sebahagian lagi dalam bentuk sumbangan kebajikan, sumbangan kepada tabung-tabung tertentu, bantuan kebajikan tanpa menjejaskan bonus mereka,” katanya ketika hadir pada Program Jom Kongsi Kasih Sayang bersama Sukarelawan Kebajikan The Red Worriors di Kb Mall.

Hadir sama, Pengarah Pembangunan Komuniti JKM Malaysia, Noraidah Mohd Zain, Pengarah JKM Kelantan, Mohd Noor Chik dan Pengurus Cawangan KB Mall, Chan Chin Kheong@Steven.

Menurutnya, setiap pemain disertakan empat anak yatim, iaitu tiga dari JKM dan seorang dari Parlimen Ketereh.

“Selain itu mereka diberikan RM600 dan akan membeli belah bersama empat anak yatim berkenaan dengan peruntukan RM150 seorang,” katanya.

Annuar berkata, Kafa menggalakkan pemain mengisi waktu lapang mereka dengan kerja amal yang mampu memberi kesedaran kepada masyarakat dalam aspek kebajikan, dan kecaknaan.

“Selepas Aidilfitri, mereka akan bergotong-royong membersih pantai.

“TRW dibina dengan sokongan peminat, jadi kita harap pemain menjadi tauladan,” katanya.

Menurutnya, pendekatan digunakan adalah terbaik dalam mendidik pemain seterusnya menerapkan nilai positif dalam masyarakat.

“Pemain mesti dilatih menganggap tugas mereka bukan hanya beraksi di padang, malah sebagai contoh baik kepada masyarakat seterusnya membantu mereka mendisiplinkan diri agar mampu pergi lebih jauh dalam arena ini.

Sementara itu, Steven berkata, pasaraya berkenaan memberikan diskaun 10 peratus bagi setiap barangan yang ditawarkan diskaun.

“Jika barangan dibeli mempunyai diskaun 50 peratus, KB Mall memberi tambahan 10 peratus diskaun lagi, mereka menikmati harga lebih rendah berbanding pengunjung lain,” katanya.

Ahad, 7 Ogos 2011

KOTA BHARU

SALAH SATU YANG TERBAIK....

Khairul Fahmi terima rumah Oktober ini